Items filtered by date: Wednesday, 04 December 2013
05 May 2014 In Maintenance

Kadangkala apabila kita hendak mengabil selekoh, kita akan mendengar bunyi seperti geselan antara besi. Ini berpunca dari masalah Drive Shaft yang telah rosak.  Drive shaft terletak di bahagian roda hadapan, disebelah kiri dan kanan roda kereta anda. Tanda-tanda awal drive shaft kereta anda akan rosak ialah ianya mengeluarkan bunyi apabila anda mengambil selekoh. Lama kelamaan bunyi tersebut berterusan semasa anda ingin memasukkan gear ataupun ketika anda ingin memecut. Tanda lain ialah tayar kenderaan anda akan bergegar ketika memandu.

 Sekiranya kereta anda mengalami kerosakan di atas lebuh raya MRR2 atau Lingkaran Tengah 2, pihak German Mechanic boleh membantu anda menyelesaikan masalah kerosakan kereta anda. Sila hubungi 03 41069395 untuk maklumat lanjut.

28 April 2014 In Maintenance

Brek pad hendaklah di ganti apabila ia telah menunjukkan tanda-tanda haus. Sekiranya tidak diganti, ia boleh merosakkan brek cakera di mana kos untuk membaikinya lebih mahal. Selalunya, brek pad akan ditukar pada setiap 15 000 km perjalanan.

Terdapat pelbagai jenis brek pad di pasaran, namun adalah disarankan agar pengguna memilih untuk menggunakan brek pad dari jenama yang diyakini dan penghasilan yang bermutu tinggi. Brek pad yang tidak bermutu akan cepat haus dan kurang daya serapan untuk membrek dan seterusnya menyumbang kepada  kemalangan.

Sekiranya anda ragu-ragu mengenai brek pad kereta anda, sila hubungi bengkel kereta German Mechanics untuk membuat pemeriksaan. Pihak kami masih menjalankan promosi pemeriksaan percuma 43 poin sehingga 30 April 2014. Bagi penduduk sekitar Taman Melawati, Gombak, Wangsa Maju, Setapak, Batu Caves, Taman Melati atau Sri Rampai, jangan lepaskan peluang ini.

Pastikan temu janji anda di talian 03 - 4106 9395.

23 April 2014 In Maintenance

Anda pernah mengalami situasi di mana stereng kereta anda mengalami gegaran apabila kelajuan mencecah 80 km ke atas? Gegaran ini berpunca dari pelbagai faktor antaranya:

1-      Keseimbangan roda berada dalam keadaan yang tidak baik (balancing)

2-      Kemungkinan juga wheel bearing kereta anda mengalami masalah

3-      Periksa tekanan angin pada tayar kereta anda, kemungkinan terdapat tayar yang tidak mempunyai tekanan yang cukup

4-      Kemungkinan juga mounting pada stereng rack tidak di selenggara dengan sempurna.

Bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Danau Kota, Gombak, Ampang, Taman Melawati, Taman Melati dan Setapak, anda boleh menghubungi bengkel mekanik kereta German Mechanics untuk melakukan pemeriksaan berkala terhadap kereta anda. Sila telefon 03 4106 9395 untuk mendapatkan pemeriksaan 43 point PERCUMA !

17 April 2014 In Maintenance

Kejadian kereta berhenti atau mati secara tiba-tiba diatas lebuh raya merupakan perkara yang selalu kita lihat. Kejadian ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, ada yang serious da nada juga yang tidak. Sekiranya ia berlaku kepada anda, ada beberapa perkara yang perlu anda berikan perhatian:

1-       Bertenang. Nyalakan lampu kecemasan dan sekiranya anda mempunyai nombor telefon mekanik atau syarikat tunda kereta yang anda yakini, telefon dan suruh mereka datang untuk tarik kereta anda.

2      Selalunya syarikat insurans anda mempunyai perkihdmatan tunda 24 jam, cari no telefon mereka dan tanyakan perkara ini. Pihak pengendali lebuh raya seperti PLUS juga mempunyai perkhidmatan tunda mereka sendiri.

3-     Sekiranya anda dihampiri oleh penunda kereta yang bukan dari syarikat insuran anda, tanya mereka jumlah yang perlu dibayar dan sekiranya dekat, suruh mereka tunda kereta anda ke bengkel yang anda yakini.

Sebaiknya, sebelum memulakan perjalanan anda perlu memastikan keadaan kereta anda berada di dalam tahap yang terbaik. Ini dapat mengelakkan dari kejadian di atas berlaku. Namun, seperti kata pepatah, malang tidak berbau. Oleh itu cuba elakkan dari ianya terjadi.

Sekiranya kereta anda mengalami kerosakan di atas lebuh raya MRR2 atau Lingkaran Tengah 2, pihak German Mechanic boleh membantu anda menyelesaikan masalah kerosakan kereta anda. Sila hubungi 03 41069395 untuk maklumat lanjut. 

16 April 2014 In Maintenance

Apabila kereta anda tidak dapat dihidupkan, antara salah satu sebabnya adalah bateri sudah lemah. Cara untuk mengecas kembali bateri lemah tersebut adalah dengan melakukan ‘jump start’ pada bateri kereta anda. Caranya ialah:

1-      Anda perlulah mempunyai kabel jumper

2-      Dengan menggunakan bateri dari kereta sokongan yang lain (pastikan sebaiknya kereta sokongan ini mempunyai kuasa bateri yang lebih besar), pasangkan kabel jumper mengikut aliran yang betul-positif dan negative.

3-      Kemudian kabel jumper tersebut di pasang ke bateri kereta anda yang lemah juga mengikut aliran positif dan negative yang betul.

4-      Kemudian hidupkan enjin kereta sokongan serta tekan pedal perlahan lahan.

5-      Selapas dua atau tiga minit, hidupkan pula kereta yang lemah bateri.

Selamat mencuba.

Bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Danau Kota, Gombak, Ampang, Taman Melawati, Taman Melati dan Setapak, anda boleh menghubungi bengkel mekanik kereta German Mechanics untuk melakukan pemeriksaan berkala terhadap kereta anda. Sila telefon 03 4106 9395 untuk mendapatkan pemeriksaan 43 point PERCUMA !

15 April 2014 In Maintenance

1-      Apabila jarak perjalan telah mencecah 5000 kilometer ataupun memasuki 3 bulan dari tarikh servis terdahulu (yang mana dahulu), minyak enjin perlu ditukar. Ini kerana tahap kelikatan minyak telah berubah. Untuk memastikan enjin kereta anda lancar, minyak hitam perlu ditukar seberapa kerap mengikut panduan di dalam buku servis anda.

2-      Penapis minyak juga perlu ditukar setiap kali anda menukar minyak enjin kereta anda.

3-      Timing belt pula perlu diganti apabila jarak perjalanan anda sudah menghampiri 100 000 km. sekiranya timing belt tidak diganti dan terputus, kos membaiki teramat mahal.

4-      Palam pencucuh pula perlu diganti bagi setiap 20 000 km. Palam pencucuh yang kotor dan tidak ditukar akan membuatkan kelancaran kereta anda terganggu.

5-      Bateri kereta anda selalunya mampu bertahan sehingga 2 tahun. Namun ada juga yang hanya mampu bertahan setahun. Oleh itu, sentiasa pastikan bateri anda mempunyai air bateri yang cukup dan sekiranya anda menggunakan bateri sel kering, sentiasa membuat pemeriksaan di kedai bateri yang berhampiran.

Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Taman Melawati, Taman Melati, Gombak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Batu Caves, Keramat, Ampang dan kawasan sekitarnya, kedai bengkel kereta German Mechanics menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kereta secara percuma sehingga 30 April 2014. Sila hubungi 03 4106 9395 untuk keterangan lanjut.

14 April 2014 In Maintenance

1- Sentiasa memastikan tayar kereta anda berada dalam keadaan yang baik. Bunga tayar yang telah haus boleh menyebabkan kemalangan sekiranya tidak diganti.

2- Perlahankan kenderaan anda ketika hari hujan. Kelajuan boleh menyebabkan anda tidak sempat mengelak atau memberhentikan kenderaan anda.

3- Jarakkan kenderaan anda dengan kereta yang lain. Jarak ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan sekiranya berlaku kecemasan.

4- Sekiranya hujan yang terlalu lebat, cari tempat persinggahan dan tunggu sehingga hujan reda sebelum memulakan perjalanan. hujan yang terlalu lebat boleh menggangu penglihatan anda.

 

Sekiranya anda berada di sekitar Taman Melawati, Gombak, Wangsa Maju, Setapak, Batu Caves, Taman Melati ata Sri Rampai, sila hubungi German Mechanics kerana promosi pemeriksaan 43 point kami masih berjalan sehingga 30 April 2014. Pastikan temujanji anda di talian 03 - 4106 9395. 

 

04 April 2014 In Maintenance
The belt that drives a power-steering hydraulic-fluid pump is usually at the front of the engine, turned by a pulley on the crankshaft.
 
31 March 2014 In Maintenance
Check if air blows with the fan setting turned to high.
Check that the clutch has power or not.
Check that the pressure switch is activated or not.
Test for refrigerant leaks.
 
If you are not sure how to do this, please consult your car expert.
In limited time, German Mechanic (Desa Melawati) run a FREE car checking. 
Please ring us at 03-41069395 for your appointment
28 March 2014 In Maintenance

There are three main reasons why maintaining the right tyre pressure is important. The first is safety. Tyres that are under inflated can overheat; and over inflated tyres can lead to poor vehicle handling on the road.

The second reason is economy. Over or under inflated tyres suffer more damage than those with the correct pressure and need to be replaced more regularly. Vehicles with under-inflated tyres have increased rolling resistance that require more fuel to maintain the same speed.

The third reason for maintaining the correct tyre pressure is the environment. Correct tyre pressures help to maintain optimum fuel efficiency. This can equate to lower Co2 emissions coming from your vehicle than those with incorrect tyre pressures and that has to be good for the environment.

 

Page 4 of 5
You are here: Home Our blog Items filtered by date: Wednesday, 04 December 2013